RSS


JOM KENALI DARAH!!!!

Apakah itu darah? Tahukah anda jenis darah anda? Kenapa ada yang positif (+) dan ada yang negetif (-)?

Tahukah anda darah merupakan tisu perantara dalam badan haiwan dan manusia yang berfungsi untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon di dalam badan. Istilah darah dalam sains dan perubatan dimulakan dengan hemo- atau hemato- yang diambil dari bahasa Greek yang bermaksud darah.


Darah manusia mempunyai fungsi utama dan terpenting iaitu mengangkut oksigen yang diperlukan di seluruh badan. Darah manusia merupakan cecair tisu yang berwarna merah diantara merah terang (mengandungi oksigen) ke merah tua (apabila tidak memngandungi oksigen). Darah manusia turut mengandungi zat, nutrien dan pelbagai bahan sistem imunisasi yang diperlukan oleh badan. disamping itu, darah turut berfungsi sebagai agen pengangkutan untuk menyingkirkan bahan kumuh dengan cara mengangkut bahan kumuh metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati dimana bahan2 ini diuraikan kepada buah pinggang dan seterusnya disingkirnya sebagai air kencing.

PERNAH TAK ANDA DENGAR ADA YANG CAKAP DARAH NEGATIF, DARAH POSTIF?

Yup!!!. Mmg ada negatif positif pun.. Dalam bahasa darah kita panggil Rhesus (Rh) yang terdiri daripada Rhesus positif dan Rhesus negatif.
Golongan yang mempunyai darah rhesus positif adalah golongan yang mempunyai protein Rh dalam darah mereka manakala sebaliknya jika darah orang tersebu tidak memiliki protein Rh bermaksudnya orang tersebut tergolong dalam kumpulan orang yang mempunyai rhesus negatif.

Sebenarnya tak kisahla darah negatif ke positf ka, masing2 mempunyai kepentingan dan keperluan bagi setiap penerima dan pemberi darah :-)


Nie adalah contoh jenis darah dan rhesus yang sesuai untuk menderma dan menerima .


sumber : wikipedia 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment