RSS

HARGA PERBAHARUI LESEN UNTUK BUKAN WARGANEGARA

Kadar pendaftaran kenderaan persendirian, tukar hak milik dan fi lesen memandu bagi warganegara asing dinaikkan antara 50 hingga 200 peratus berkuatkuasa 16 April 2018.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata kenaikan kadar berkenaan diputuskan Kabinet selepas tiada semakan kadar baharu dibuat sejak kemerdekaan negara.
Katanya, inisiatif kerajaan itu adalah bagi meningkatkan hasil pendapatan negara tanpa membebankan rakyat negara ini.
"Mulai 16 April ini kerajaan akan mula melaksanakan kadar fi atau kadar baharu membabitkan pendaftaran kenderaan persendirian, tukar hak milik kenderaan dan bayaran lesen memandu kepada warga negara asing di negara ini.
"Pelaksanaan kadar fi baharu kepada bukan warganegara itu mampu meningkatkan unjuran hasil pendapatan negara yang dianggarkan sebanyak RM 31 juta setahun.
"Inisiatif ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati sebagai warganegara Malaysia ," katanya.
Antara kadar yang mengalami perubahan adalah seperti berikut : 

KADAR
 SEMENANJUNG
 SABAH/SARAWAK
 SEBELUM
 SELEPAS
 SEBELUM
 SELEPAS
PENDAFTARAN MOTOSIKAL 500CC KEBAWAH
 RM         5.00
 RM     100.00
 RM         5.00
 RM     100.00
PENDAFTARAN MOTOSIKAL LEBIH 500 CC
 RM         5.00
 RM     120.00
 RM         5.00
 RM     120.00
PENDAFTARAN KERETA SELAIN MOTOSIKAL 1,500CC KE BAWAH
 RM     150.00
 RM     350.00
 RM       60.00
 RM     120.00
PENDAFTARAN KENDERAAN SELAIN MOTOSIKAL 1,500CC - 3000 CC
 RM     300.00
 RM     600.00
 RM       60.00
 RM     120.00
PENDAFTARAN KENDERAAN SELAIN MOTOSIKAL MELEBIH 3000 CC
 RM     300.00
 RM     900.00
 RM       60.00
 RM     160.00
TUKAR HAK MILIK MOTOSIKAL
 RM         3.00
 RM       20.00
 RM         4.00
 RM       20.00


 RM         5.00
 RM       20.00
TUKAR HAK MILIK SELAIN MOTOSIKAL
 RM     100.00
 RM     200.00
 RM       40.00
 RM     120.00
TUKAR HAKMILIK OKU
 PERCUMA
FI LESEN KELAS D
 RM       30.00
 RM       60.00
 RM       30.00
 RM       60.00
FI LESEN KELAS B1
 RM       20.00
 RM       60.00
 RM       20.00
 RM       60.00






Berikut merupakan rujukan tarif bagi bukan warganegara.. Dan kemungkinan terdapat perubahan dari masa ke masa.

Semoga dapat membantu..... :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DERMA DARAH .. 2 BULAN SEKALI @ 3 BULAN SEKALI??

Derma darah.. 2 bulan sekali atau 3 bulan sekali?
Itulah soalan yang kami sering terima daripada para penderma darah yang sentiasa bersemangat untuk pendermaan yang seterusnya bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Minggu lepas kami menghuraikan mengenai tahap hemoglobin yang normal dalam darah dan perbezaan zat besi dengan hemoglobin. Minggu ini pula kami akan menjelaskan tentang satu soalan yang perbincangannya selalu hangat di kalangan penderma kami – adakah interval 2 bulan sekali cukup untuk menderma darah?
Mengikut statistik kami, kira-kira 4 – 6% daripada penderma yang cuba menderma tidak dapat memenuhi syarat hemoglobin minima untuk menderma darah. Hakikatnya, tahap hemoglobin yang tidak mencukupi ini merupakan sebab utama penderma terpaksa menangguhkan pendermaannya.


Tahap hemoglobin yang rendah mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor dan salah satu sebab utama kekurangan hemoglobin adalah tahap zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi dalam badan selalunya berlaku secara progresif. Ia boleh disebabkan kurang pemakanan diet yang kaya dengan zat besi, kurang penyerapan zat besi ataupun kehilangan darah dalam satu jangka masa tertentu (pendarahan haid yang banyak/lama atau pendarahan usus tanpa disedari). Ia juga boleh disebabkan pendermaan darah yang terlalu kerap mengakibatkan kehilangan zat besi dari badan yang lebih cepat dari kadar penyerapan zat besi daripada makanan/supplemen.
Di kalangan penderma darah yang menderma dengan interval pendermaan yang terlalu rapat (2 bulan sekali), kekurangan zat besi kerap berlaku secara progresif tanpa disedari dan ini akan menyebabkan penyakit anemia sekiranya berlanjutan. Mungkin segelintir kecil penderma mempunyai diet yang kaya dengan zat besi yang boleh menampung keperluan zat besi dengan pendermaan yang begitu kerap; namun, secara amnya, kami menggalakkan penderma untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan untuk pendermaan yang seterusnya supaya bekalan zat besi badan boleh pulih kembali. Sesetengah kajian ada menunjukkan bahawa jika bekalan zat besi badan memang tidak mencukupi sebelum penderma menderma darah, penderma akan mengambil masa yang lebih lama untuk menambah kembali zat besi badan dan ini akan mengakibatkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.
Oleh itu, sebaik-baiknya, pendermaan darah boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali. Kami tidak menggalakkan penderma untuk menderma selepas 2 bulan kerana tidak ingin penderma kami yang sihat menjadi pesakit anemia pula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

🍼🍼🍼 CARA BANCUH SUSU FORMULA DGN BETUL 🍼🍼🍼


Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membacuh susu formula
Selalunya cara di bawah ini bukan
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS